KURSUS CBI DI MANILA, PHILIPHINES (3 -29 NOVEMBER 1996)


Kandungan

1. Pendahuluan

2. Objektif Kursus

3. Pelaksanaan Kursus / Kaedah Kursus

4 . Peserta-peserta/Aktiviti-aktiviti

5 . Penglibatan peserta

6. Faedah-faedah

7. Cadangan

8. Plan tindakan

9. Penutup

10. Penghargaan

Pendahuluan

Objektif Kursus

Pelaksanaan Kursus

Peserta Jumlah peserta ialah 12 orang. (Seorang dari setiap negara)

Negara-negara tersebut ialah : 1. Malaysia 2. Indonesia 3. Thailand 4. India 5. Sri Lanka 6. Bhutan 7. Nepal 8. Fiji 9. Papua New Guinea 10. Pakistan 11. Iran 12. Bangladesh Aktiviti-Aktiviti

Tarikh Masa Aktiviti

03.11.96 1120 - 1530 Dari KL ke Manila 1700 Tiba ke tempat penginapan kursus di Legend Hotel, Manila. 2000 - 2200 Sesi berkenalan dengan peserta

04.11.96 0900 - 1100 Taklimat dari pegawai CPSC, tayangan video dan nyanyian lagu 'Mabuhay' dari staf CPSC. 1330 - 1630 Kuliah 'Styles of CBI'

05.11.96 0830 - 1145 Pengenalan 'Authorware Professional' 1330 - 1630 Latihan Amali di Makmal Komputer

06.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'Interaction - QRF - Click Touch' 1330 - 1630 Latihan Amali di Makmal Komputer

07.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'Push Button & Click Object' 1330 - 1630 Latihan Amali di Makmal Komputer

08.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'Movable, Decision, Variable & Calculation' 1330 - 1630 Latihan Amali di Makmal Komputer

09.11.96 0700 - 1800 Lawatan ke 'Taal Lake'

11.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'Animation' 1330 - 1630 Latihan Amali di Makmal Komputer

12.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'Conditional, Time & Limit' 1330 - 1630 Lawatan ke 'CAI Center'

13.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'Sound and Video Icon' 1330 - 1630 Latihan Amali di Makmal Komputer

14.11.96 0830 - 1145 Cara Menggunakan 'Digital Camera' 1330 - 1630 Cara Menggunakan 'Scanner'

15.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'Multimedia -Audio, Video & Recording' 1330 - 1630 Latihan Amali di Makmal Komputer

16.11.96 0700 - 1800 Lawatan ke 'Villa Escador'

18.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'Hardware of Multimedia' 1330 - 1630 Latihan Amali di Makmal Komputer

19.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'Screen Design' 1330 - 1630 Kuliah ' Development of CBI Material'

20.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'Design of Multimedia Courseware' 1330 - 1630 Latihan Amali di Makmal Komputer

21.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'Issues in the use of CBI' 1330 - 1630 Kuliah 'Status of CBI in Japan'

22.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'Teaching and Learning Styles' 1330 - 1630 Kuliah ' CD - Japanese Language'

23.11.96 0830 - 1530 Projek

25.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'CAI - ICAI' 1330 - 1630 Projek

26.11.96 0830 - 1145 Kuliah 'Multimedia Production' 1330 - 1630 Projek

27.11.96 0830 - 1145 Projek 1330 - 1630 Projek

28.11.96 0830 - 1145 Pakej projek 1330 - 1630 Persembahan projek oleh peserta

29.11.96 0830 - 1130 Majlis penutup dan penyampaian sijil 1450 - 1930 Dari Manila ke KL

Penglibatan Peserta

Setiap peserta dikehendakki mengikuti setiap kuliah dan latihan amali di Makmal Komputer. Peserta juga dikehendakki memberi taklimat tentang perkembangan pendidikan teknologi maklumat dan kebudayaan bagi negara masing-masing.Peserta-peserta dikehendakki menyediakan satu projek perisian pendidikan berdasarkan kepada alat pengarangan komputer 'Authorware Professional'.

Faedah-faedah dari kursus yang dihadiri

Terdapat berbagai faedah yang didapati dan diantaranya adalah seperti berikut:

ê -Dapat mempelajari kemahiran menggunakan alat pengarangan komputer 'Authorware Professional'. Dapat menggunakan pelbagai peralatan multimedia seperti video, kamera digital dan 'scanner'.

ê -Dapat meningkatkan pengetahuan tentang strategi pengajaran pembelajaran berbantukan komputer.

ê -Dapat menghasilkan suatu contoh perisian pendidikan dengan menggunakan alat pengarangan komputer 'Authorware Professional'.

ê -Menerima pendedahan tentang pengajaran pembelajaran berbantukan komputer bagi negara Jepun.

ê -Dapat mempelajari kebudayaan dan berinteraksi dengan peserta-peserta dari luar negara.

ê -Dapat mengikuti perkembangan pendidikan teknologi maklumat dari negara-negara lain.

Cadangan

Penggunaan komputer dalam pendidikan akan lebih meluas dan berkembang di sekolah-sekolah pada masa akan datang. Ini disebabkan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer adalah lebih interaktif dan menarik. Ianya juga selaras dengan perkembangan teknologi maklumat di negara ini dan juga beberapa projek Kementerian Pendidikan iaitu 'Sekolah Bestari' dan 'Smart School'. Corak pembelajaran dengan menggunakan komputer adalah secara dua hala iaitu terdapatnya interaksi antara pelajar dengan komputer. Ianya dapat dinyatakan seperti langkah-langkah berikut :

1. Komputer akan menyatakan maklumat bagi tajuk dan isi pelajaran yang dipilih oleh pelajar.

2. Komputer akan memberikan berbagai jenis soalan kepada pelajar.

3. Pelajar akan menjawab setiap soalan yang diberikan.

4. Komputer akan memberikan maklumbalas yang positif terhadap setiap jawapan yang diberikan oleh pelajar samada yang salah ataupun betul.

5. Pelajar akan mendapat jumlah markah bagi semua soalan yang diberikan oleh komputer. Perisian pendidikan terhadap pengajaran pembelajaran berbantukan komputer bagi empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains akan dapat dibina dengan menggunakan alat pengarangan 'Authorware Professional'.

Oleh itu suatu suatu pendedahan secara menyeluruh perlu diberikan kepada semua pendidik kaedah membina perisian pendidikan.Latihan-latihan secara berperingkat juga perlu diberikan kepada semua pensyarah institut/maktab perguruan. Komputer dan perisian 'Authorware Professional' perlu disediakan dengan lebih banyak kepada semua institut/maktab perguruan dan sekolah-sekolah.

Plan Tindakan

1. Pengetahuan dalam bidang pembinaan perisian pendidikan komputer 'Authorware Professional' akan di ajar dalam kelas bagi peserta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Diploma Teknologi Maklumat Semester Dua di Institut Perguruan Darulaman.

2. Mengajar peserta Kursus Dalam Perkhidmatan bagi guru-guru sekolah yang datang berkursus dalam bidang Teknologi Maklumat di Institut Perguruan Darulaman.

3. Mengadakan juga latihan kemajuan staf kepada pensyarah-pensyarah Institut Perguruan Darulaman.

4. Menjalankan Kursus Pembinaan Perisian Komputer 'Authorware Professional' juga akan dijalankan untuk pensyarah-pensyarah Institut/Maktab Perguruan Malaysia.

Penutup

Kursus ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan untuk digunakan dalam tugas seharian saya sebagai pensyarah bagi mata pelajaran Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer untuk peserta-peserta Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Diploma Teknologi Maklumat di Institut Perguruan Darulaman . Setelah berkenalan dan berkongsi pengalaman dari peserta luar negara maka saya rasa bersyukur kerana jika dibandingkan dengan negara-negara lain didapati negara Malaysia adalah negara yang aman dan harmoni. Kemudahan infrastruktur dan ekonomi negara Malaysia juga lebih tinggi dan berkembang maju dari negara-negara lain.

Taraf pendidikan di negara Malaysia juga lebih baik berbanding dari negara-negara yang dihadiri oleh peserta kursus ini. Akhir kata saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu saya dari mula lagi supaya dapat saya pergi untuk mengikuti kursus ini hingga ke akhirnya dan selamat pulang ke tanah air yang tercinta ini. Saya bersedia untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang telah didapati sepanjang kursus ini dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran pembelajaran berbantukan komputer dan mutu pendidikan negara.

Penghargaan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Perhubungan Antarabangsa Bahagian Pendidikan Guru

Pengetua IPDA

Ketua Jabatan PSPP

Ketua Unit TM

Pensyarah-Pensyarah TM

Staf IPDA CPSC & JICA

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan segala pertolongan dan bantuan.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi azmims@tm.net.my


KE MENU